Kejayaan,
Apa kayu pengukur kita tehadap kejayaan?
Apakah yang kita anggap berjaya?
Bagi aku,kejayaan sesuatu yang tiada batasan.Selepas satu tangga kejayaan,seseorang akan meniti tangga kejayaan yang lain.Kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.Kejayaan tidak dapat di beli di kedai mamak,kedai majalah atau bengkel kereta.huhu..Kejayaan memerlukan usaha..Usaha yang gigih dan berterusan.Aku percaya,setiap orang pasti mahu berjaya.
"jadila cemerlang,dan kejayaan akan mengikut"lebih kurang la ayat ni,aku ambik dari cerita hindustan, 3 idiots.

untuk berjaya,jadila cemerlang,dalam apa bidang sekali pun kerana Kejayaan bkn diukur dengan akademik semata-mata.Berjaya mengawal nafsu kita dengan cemerlang pun,satu kejayaan.Apa yang paling penting,untuk berjaya,dalam apa bidang pun,perlu ada usaha,jgn cepat putus asa,banyakan berdoa,dan bertawakal selepas itu.
Ingatlah,jika kita tidak berjaya mencapai sesuatu yang kita hajati,tidak bermaksud hidup ini tidak lagi berguna atau berwarna,.Setiap sesuatu yang berlaku sentiasa ada hikmah.huhu..teruskan usaha.insyaallah,suatu hari kita juga akan berjaya dengan izin-Nya=)
No comments:
Post a Comment