Saturday, December 18, 2010

luahan rasa~

sedihnya hati ni .
mulut manusia takkan pernah berhenti berkata kata kan ?
walaupun semua tu tak betul .
dan telinga manusia akan sentiasa menadah mendengar fitnah fitnah dunia .
orang akan mengiyakan segala walau kepastiannya masih tiada jelas dan nyata .
orang sangat pandai memberi nasihat walaupun nasihat tu telah diberi pada orang yang salah .

kenapa orang suka sebok mencampuri urusan orang lain ?
sedangkan diri kita masih banyak cacat celanya .
orang sering berkata 'jangan dengar sebelah pihak sahaja' .
namun , yang berkata sebegitu turut mengatakan sedemikian rupa .

dunia ini ibarat pentas lakonan .
di sinilah terciptanya ujian tuhan .
kesabaran manusia menghadapi dugaan dunia adalah nikmat di akhirat sana .
di depan orang lain katanya .
di belakang orang lain katanya .

aku turut mendengar pelbagai caci maki kutuk hina dari banyak banyak orang .
tapi aku hanya mampu senyum dan menelannya .
sampai ke satu tahap ,
apabila panas hati semakin membuak ,
aku hanya meluahkan perasaan pada seorang insan .
segala tangis , tawa , hanya dia yang tahu .

namun ,
manusia akan tetap dengan lakonannya .
manusia akan masih dengan kata kata dustanya .
manusia akan masih berpijak pada tipu helahnya .
dan satu hari aku pasti , manusia ini akan jatuh dalam lakonannyaa sendiri .

teruskanlah berlakon .
dan wahai pengikutmu ,
terus terusanlah mengikuti langkah tuanmu .
terus teruskanlah menadah telinga mendengar fitnah tuanmu .
terus teruskanlah menghitamkan hati kerana umpatan umpatanmu .
mungkin neraka akhirat tempat idamanmu .

aku manusia biasa .
tidak dianugerahkan kuasa luar biasa untuk meramal masa depan .
tidak dianugerahkan kuasa memutarkan masa .
tidak dianugerahkan kuasa memberhentikan waktu .
seandainya aku mampu ,
manusia sedemikian rupa tidak ingin ku kenali .
kenapa syaitan bertopengkan manusia ini wujud ?
ahh ,
mungkin ini dugaan ALLAH .
ini tanda aku masih disayang ALLAH .

aku tak minta satu dunia mempercayai kata kata ku .
aku tak harap satu dunia tunduk kepadaku .
aku tak ingin meraih simpati kepada mu .
apa yang aku mahu ,
biarkan aku dengan duniaku .
dan pergilah kau dengan duniamu .

jangan percaya kataku !
jangan kata aku baik !
jangan cakap aku mulia !

teruskanlah membenciku wahai manusia .
teruskanlah mengumpatku wahai anak anak Adam .
teruskanlah melempar fitnah kepadaku umat Muhammad .
aku ada ALLAH .
dan aku pasti DIA lebih tahu segalanya .

kadangkala aku terfikir ,
mengapa aku diuji sebegini ?
mengapa tuhan memberi kemenangan kepada syaitan bertopengkan manusia seperti itu ?
dan tiap kali itu juga ,
ALLAH berikan aku ketenangan .
dan aku kembali mampu tersenyum .

"ALLAH tidak akan memberi ujian kepada hambanya jika ujian itu tidak mampu ditanggung hambanya ."

itu janji Penciptaku .
maka aku pegang janji itu .
aku perlu bangga kerana ALLAH rasa aku kuat .
sebab itu aku diberi ujian ini .

aku memang bukan perempuan bertudung labuh .
aku memang bukan perempuan yang bersarung kaki .
aku memang bukan perempuan memakai purdah .
aku memang bukan perempuan yang bersuara rendah .
senang cerita ,
aku bukan perempuan baik yang diidamkan semua lelaki .

sekurang kurangnya aku sedar kesilapanku .
aku cuba perbaikinya sedikit sedikit , perlahan lahan .
perlu kah aku beritahu pada semua ?

adakah kau lupa ?
apa sebab aku pergi ?
adakah kau lupa ?
berapa peluang aku beri untuk kau berubah ?

aku sudah penat menunggu .
aku sudah letih bersabar .
tiba masa aku pergi .
agar aku tidak mengulang kesilapan sama berulang kali .
namun aku masih dicaci maki sebagai "PESALAH"
aku masih dikutuk hina sebagai "PENDUSTA"

ahhh ,
wahai semua umat Muhammad .
kamu semua tidak tahu cerita dari awal hingga akhir .
kamu semua hanya tahu pertengahan cerita .
dan kamu semua hanya dengar cerita dari manusia itu .
HANYA MENDENGAR DARI MANUSIA ITU !
dan kamu semua telah menjatuhkan hukum kepadaku .
terima kasih semua .

tidakkah kamu semua sedar ?
kamu semua turut bersubahat memfitnah insan lain ?
kamu semua turut bersubahat mencaci maki insan lain ?

aku diam ,
kau kata aku menyakiti dalam senyap .
aku berbunyi ,
kau kata aku menceritakan keburukanmu .

jadi apa seharusnya aku lakukan ?
lenyap dari muka bumi ini ?
ajal itu telah ditulis .
aku masih berpegang dengan janji asalku .
HIDUP MATIKU HANYA UNTUK ALLAH .
aku tidak akan menamatkan ajalku sendiri .
dengan alasan hidupku tiada ertinya lagi .
perjalanan hidupku masih jauh di hadapan .
terlalu banyak yang perlu aku lalui .
jadi , aku akan terus di sini .

maaf kerana mata kau sakit memandangku .
maaf kerana hati kau pedih memikirkanku .
maaf kerana telinga kau sakit mendengar namaku .
itu semua kehendak mereka .
kerana mereka puas melihat aku tersungkur jatuh .

maafkan aku andai aku menyakitimu .
jika kau rasa kau sakit ,
aku lebih sakit .
andai kau rasa kau terseksa ,
aku lebih terseksa .
andai kau rasa kau tertipu ,
aku lebih tertipu .

jangan kata aku tiada perasaan .
jangan kata aku tidak pandai menghargai .
jangan kata aku lupa segala kenangan .
aku ingat semua .
terima kasih .
tapi perlu kah aku ungkapkan satu persatu kepadamu ?
perlukah aku berlutut mengucap terima kasih kepadamu ?
cukuplah sekadar apa yang aku rasa ,
hanya aku simpan di dalam memori lama .
itulah aku .
yang berbeza dengan kamu .

aku ingin menghentikan kisah kita di sini .
apa yang kau rasa ,
aku turut rasa ,
jadi dugaan kita sama .
tempuhilah ia bersama sama .
berjuanglah sehingga ke penamatnya .
agar kau tidak tersungkur di tengah jalan .
kerana sekali aku melangkah ,
tiada ku toleh apa di belakang .

buat yang lain .
berhentilah dari memihak mana mana pihak .
jangan memihak aku .
jangan memihak dia .
mungkin perkara ini kamu semua belum rasa .
jadi isi ceritanya hanya kami yang tahu .
anda semua hanya tahu kulit cerita .
a tidak menceritakan apa apa .
jadi ,
berhentilah menjadi hakim dunia .
kamu semua juga masih banyak dugaan mendatang .
persiapkanlah dirimu menghadapi hidupmu .
jangan kamu campur urusan orang .
jangan kamu adili benda ilusi .
kerana kamu semua tidak tahu .
TIDAK BENAR BENAR TAHU .
usahlah kamu berpura pura bersahabat .
sedangkan kamu berniat memusuhi .
apa kamu dapat ?
merasa hebt melihat orang tersungkur jatuh ?
ingatlahhh .
jika kamu di atas sekarang ,
tak mustahil satu hari kamu di bawah .
jauhkan diri dari masalah orang .
kerana takut tempias dosa terkena diri .

aku bukan baik mana .
katalah apa juga yang kamu nak cakap .
hipokrit !
drama !
anak wayang !
perempuan murah !
cakaplah apa saja .

"jika hambaku datang kepadaku dengan ikhlas bersama dosa sebesar gunung , nescaya akan ku ampunkan semua dosanya"

itu juga janji ALLAH .
aku tahu apa aku buat .
tapi tak perlulah aku tunjuk kepada kalian .
cukuplah penciptaku tahu niat hambanya ini .

katakanlah apa sahaja tentang diriku .
aku terima seadanya .
katakanlah lagi .
sehingga kamu semua puas .
itu mulut kamu .
aku tiada hak menghalangnya dari terus berkata kata .
berkata katalah .
kerana sesungguhnya buku kiri anda sentiasa berat berisi catatan hitam .

renungkanlah dan fikirkan .
mungkin aku tidak mulia seperti kamu semua ,
tapi sekurang kurangnya aku tahu apa aku buat .
bukan seperti lalang ,
hanya mengikut arah angin meniup diri .

Friday, December 17, 2010

bola itu bulat,controler itu melengkung~

Disini aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak malaysia.Semoga dapat melangkah ke perlawanan akhir.main dekat vietnam nanti jangan kalah banyak-banyak pulak,aku dah rancang nk pegi stadium ni.
Walaupun pada pandangan aku kita kekurangan midfield yang kreatif,tapi kira ok la boleh capai macam sekarang.Salute pada Rajagopal,walaupun dia boleh kata jurulatih yang macam agak mantap,tapi bagi aku masih xde yang mampu mengubah kemantapan Mourinho di mata aku~hehe..agak-agaknya mourinho nak tak jadi ketua jurulatih malaaysia ek?huhu..mungkin jika aku kaya suatu hari nanti aku sanggup gajikan mourinho tuk melatih malaysia ni~hehe.. barula nampak sumbangan aku pada negara dalam menaikkan mutu permainan bola sepak.btol x?huhu
aku merapu ni sebab team real madrid aku kalah 3-0 ditangan manchester united~aish,walaupun secara terang-terangan game dikuasai oleh aku,namun aku perlu akur dengan ketidakbiasaan menggunakan controler xbox 360~huhu..xpe2,usaha tangga kejayaan,dengan latihan yang jitu dan mantap,aku akan berjaya menaikkan maruah reall madrid di mata gamers PES sedunia~huhu..sori mr mourinho,real kalah~=P


p/s: rindu nak main fm11,tetapi aku terpaksa akur dgn keaddictan if start main fm11 balik~study2

Thursday, December 16, 2010

newsemester~

Yeah!~semester baru bermula..huhu..with new hope and new way of life =)..Segala dugaan semester lepas aku cuba lupakan semester ni..And aku juga berharap sem ni dapat memberi sinar yang baru dalam kehidupan aku.Before this,aku rasa sangat lost,tak tahu kenapa aku rasa mcmtu..Semperna semester baru,and awal muharam,aku akan cuba kuatkan azam untuk terus kekal berubah ke arah yang baik.Lagipun aku rasa ini masa yang paling bagus untuk aku berubah memandangkan parent aku pun baru balik dari haji.huhu..
Semester ni aku ambik 17.5 credit.Macam agak banyak la.Tapi jadual kelas aku agak seronok,just hari isnin dan rabu sibuk la sikit,kelas daripada pukul 10 am ke pukul 5.00 petang.selasa and khamis pkul 10 am smpai pkul 1 pm je~..jumaat pulak ada lab biotech 2~..jadual tak berapa padat la,so,senang la aku nak ulangkaji ajar budak spm chemistry and biologi.OPs..lupa plak nak bagitau,yang aku buat part time ajar subject spm ni.Anak murid aku ni bgus jugak la,semangat ada..huhu
This semester i got my moral booster~huhu..hope leh success!yeah!

Wednesday, December 08, 2010

apabila bosan ketika otak berjalan~

wah!tengok blog-blog orang lain,nampak stail je.ramai betul followers.=P..tp tak pe,aku tulis ni pun saje suka-suka,bila rasa bosan nak menulis.Tapi selalunya bila idea nk tulis tengah banyak,aku x tulis pun,sebab sebuk sangat dengan benda lain.

Aku sekarang rasa sebak,tapi bukan sebak sebab parent aku nak balik umah ye,no,no,no..!aku sebak sebab kawan aku sorang ni sedih,cerita silam dia di ungkit-ungkit.hmm.Bagi aku,cerita silam orang,or keburukan orang yang dulu-dulu,tak perlu nak dihebah-hebahkan.Semua orang dalam dunia ni penah buat silap.btol tak?(temasuk aku)..~.Aku sedih sebab dia tak habis-habis rasa tertekan,rasa dunia seperti tak adil buat dia.Aku beharap and berdoa dugaan dia ni tak lame..amin

Apa yang aku nk tekankan,janganlah memburuk-burukkan orang dengan sedar,kadang2 kita tak sedar..bila kita tak sedar,and then kita dah tesedar,cepat2 lah mintak maaf ke,.Mesti korang sume penah dengar,hidup kita ni macam roda,time kita kat atas,seronok la,bila kita kat bawah,macam mana plak?kan?..so,berbuat baikla sesama insan,jangan dengki2,ada benda yang kita rasa tak cocok,tak suke,tegur secara berhemah,.Manusia ni perlu sentiasa diingatkan,Bukan melayu je tau mudah lupa,cina,india,orang putih,orang gelap pun lupa jgk~huhu..so,ingat-ingatkan bila kita nampak pekara yang tak betul.Bukannya bila nampak susuatu yang x betul,kita mengata.Apa yg kita dapat?dosa mengata dapat,and orang yang sepatutnya kita tegur dari buat silap,terus melakukan kesilapan~

So,renung-renungkan,dan selamat mengaplikasi dalam kehidupan!~

(poyok je kan??~!~)

H.O.l.i.d.a.y g.o.n.n.a.E.n.d~

hari rabu dah!..Ahad ni akan bermula semester baru,harapan baru,azam baru,target baru di tahun baru~..huhu..holiday dah nk abes.Holiday secara puratanya cukup2 sebulan saje. Pengisian cuti aku?huhu..Apakah pengisian holiday anda~??

Cuti kali ni,aku blk rumah,duduk ngn adik beradik je memandangkan parent aku menunaikan rukun islam yg ke 5~..menunaikan haji..So,kehidupan bersama adik beradik mencorakkan cuti aku kali ni.huhu.Sebagai anak sulung,dah mmg jd tanggungjawab aku uruskan bil2 sume.Bab masak2??..masak2 slalunya adik aku yg perempuan yg buat.ni lah kali pertama nk tgk dia buat keje dapur sorang2.walaupun stil x reti nk siang ikan,potong daging,tp pandai buat rencah nk masak kicap,masak merah,ok la kan?ikan leh bli siap siang,daging plak pe susah,bli je paket~haha.. tu la jadi lauk kitorang,xpun mkn luar~

Slain tu,aku jgk drebar tetap,plus pncuci kereta tetap,sgala pejalanan aku la yg drive.huhu.Selalunya bila ada parent,susah skit nk jalan jauh2 ni.spnjang cuti ni,dpt jgkla bwk adik2 aku pg seremban,tu pun sbb nk hntar adik laki aku pg skolah pondok..family aku x ske sgt jalan jauh2 if bkn tujuan nk becuti~huhu

Parent aku blk 12 disember ni,hope diorang dpt tgk bgaimana kitorang dapat manage hidup kitorang dgn baik~huhu..btw,tu my dad and mom~Welcome home!~ ( x sabar nk pg jemput kat klia)

Tuesday, December 07, 2010

K.a.m.e.r.a

Yeah! finally i got my first DSLR~ actually not just mine,every member of my family can use it =)

Sony alpha 290~
just nice,bgusla tuk org2 yg baru2 lg nk terjun kedalam tangkap menangkap gmbar ni~ guna pun suka2,saje nk merasa~huhu..actually beli sony bkn sbb nk menyamakan brand barang elektronik yg aku ada,tp because yg ni je just nice with my budget, actually sony lg murah dr nicon or canon..huhu

Sekarang ni dlm proses blajar2 menangkap,adalah 3 to 4 picture yg aku rasa nice aku tngkap.
in the next post insyaallah aku upload skit2..huhu

So,sapa yg bepengalaman tu,mehla bantu saya ye?ajar la saya ni guna dlsr ni~huhu..

h.i.j.r.a.h

Salam maal hijrah~ =)

hijrah~..aku rasa x perlu aku nk eloborate pnjang2 pasal hijrah,.
hijrah ni x semestinya bepindah umah ke,pindah barang ke,tp perubahan perangai kita kpd sikap2 yang lebih baik pun kira hijrah jgk~

Maal hijrah ni tahun baru la bg kita umat islam~xperlu la semangat2 nk tunggu 1 january nk pasang azam baru,huhu..maal hijrah ni dh ckup sinonim tuk kita menanam azam baru,semangat baru dlm hidup kita~

Tapi if azam je,tanpa pelaksanaan x guna jgk~btol x??huhu..
So,apa perubahan yg kita nk lakukan tahun baru ni?memandangkan dh bukak "buku" baru, so,marilah kita memastikan buku baru ni kurang pekara2 buruk yg dicatitkan=)