Hari ni ku memandang keluar.Kelihatan awan gelap menutupi langit yang cerah menyinar.Aku merenung ke arah langit,betapa indahnya jika hari ini diturunkan rahmat hujan setelah sekian lama matahari bermaharajalela mencurahkan cahaya.
Sambil duduk di bangku Anjung, aku alihkan mata ku kesekeliling kawasan luar rumah.Dari satu sudut ke satu sudut ku perhatikan.Pokok-pokok bunga di rumah yang ibu ku tanam sudah lama tidak merasa nikmatnya air hujan.Sudah puas ia merasa simbahan air paip dari salur getah rumahku..
Mata ku meliar lagi memerhatikan sekeliling.Aku berhenti apabila ku melihat pakaian-pakaian yang bersidaian di jemuran.Dalam hati ku berkata.
"banyak jugak aku pakai baju 2 tiga hari ni..nah,ambik kau,penuh ampaian..sampai ke pagar mak aku sidai baju..huhu"
Pakaian-pakaian itu melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup mendayu-dayu umpama irama lagu.Di samping lambaian dedaun pokok yang melitupi rumah ku.Aku terpaku,Indahnya hari ini.
Tanpa ku sedari,irama tiupan angin baru sahaja di iringi dengan alunan nyanyian hujan.Hujan semakin kuat mengalunkan lagunya yang merdu ke telinga ku..Aku tersenyum keseorangan umpama kerang yang busuk,walaupun aku tidak pernah melihat kerang tersenyum.
Tiba-tiba..
PAP!.."Oit!menung pe ke tu?!duduk luar dah tau hujan pg la angkat kain tu,TERMENUNG apa lg??ish2..temenung je tau..meh tlg mak angkan kain ni"
Hehehe,aku malu seorang diri~huhu..tula,lain kali nk termenung pun,tgk la timing..kan dah kena sebijik~=P
berangan je keje u..hehe~
ReplyDelete