Saturday, December 18, 2010

luahan rasa~

sedihnya hati ni .
mulut manusia takkan pernah berhenti berkata kata kan ?
walaupun semua tu tak betul .
dan telinga manusia akan sentiasa menadah mendengar fitnah fitnah dunia .
orang akan mengiyakan segala walau kepastiannya masih tiada jelas dan nyata .
orang sangat pandai memberi nasihat walaupun nasihat tu telah diberi pada orang yang salah .

kenapa orang suka sebok mencampuri urusan orang lain ?
sedangkan diri kita masih banyak cacat celanya .
orang sering berkata 'jangan dengar sebelah pihak sahaja' .
namun , yang berkata sebegitu turut mengatakan sedemikian rupa .

dunia ini ibarat pentas lakonan .
di sinilah terciptanya ujian tuhan .
kesabaran manusia menghadapi dugaan dunia adalah nikmat di akhirat sana .
di depan orang lain katanya .
di belakang orang lain katanya .

aku turut mendengar pelbagai caci maki kutuk hina dari banyak banyak orang .
tapi aku hanya mampu senyum dan menelannya .
sampai ke satu tahap ,
apabila panas hati semakin membuak ,
aku hanya meluahkan perasaan pada seorang insan .
segala tangis , tawa , hanya dia yang tahu .

namun ,
manusia akan tetap dengan lakonannya .
manusia akan masih dengan kata kata dustanya .
manusia akan masih berpijak pada tipu helahnya .
dan satu hari aku pasti , manusia ini akan jatuh dalam lakonannyaa sendiri .

teruskanlah berlakon .
dan wahai pengikutmu ,
terus terusanlah mengikuti langkah tuanmu .
terus teruskanlah menadah telinga mendengar fitnah tuanmu .
terus teruskanlah menghitamkan hati kerana umpatan umpatanmu .
mungkin neraka akhirat tempat idamanmu .

aku manusia biasa .
tidak dianugerahkan kuasa luar biasa untuk meramal masa depan .
tidak dianugerahkan kuasa memutarkan masa .
tidak dianugerahkan kuasa memberhentikan waktu .
seandainya aku mampu ,
manusia sedemikian rupa tidak ingin ku kenali .
kenapa syaitan bertopengkan manusia ini wujud ?
ahh ,
mungkin ini dugaan ALLAH .
ini tanda aku masih disayang ALLAH .

aku tak minta satu dunia mempercayai kata kata ku .
aku tak harap satu dunia tunduk kepadaku .
aku tak ingin meraih simpati kepada mu .
apa yang aku mahu ,
biarkan aku dengan duniaku .
dan pergilah kau dengan duniamu .

jangan percaya kataku !
jangan kata aku baik !
jangan cakap aku mulia !

teruskanlah membenciku wahai manusia .
teruskanlah mengumpatku wahai anak anak Adam .
teruskanlah melempar fitnah kepadaku umat Muhammad .
aku ada ALLAH .
dan aku pasti DIA lebih tahu segalanya .

kadangkala aku terfikir ,
mengapa aku diuji sebegini ?
mengapa tuhan memberi kemenangan kepada syaitan bertopengkan manusia seperti itu ?
dan tiap kali itu juga ,
ALLAH berikan aku ketenangan .
dan aku kembali mampu tersenyum .

"ALLAH tidak akan memberi ujian kepada hambanya jika ujian itu tidak mampu ditanggung hambanya ."

itu janji Penciptaku .
maka aku pegang janji itu .
aku perlu bangga kerana ALLAH rasa aku kuat .
sebab itu aku diberi ujian ini .

aku memang bukan perempuan bertudung labuh .
aku memang bukan perempuan yang bersarung kaki .
aku memang bukan perempuan memakai purdah .
aku memang bukan perempuan yang bersuara rendah .
senang cerita ,
aku bukan perempuan baik yang diidamkan semua lelaki .

sekurang kurangnya aku sedar kesilapanku .
aku cuba perbaikinya sedikit sedikit , perlahan lahan .
perlu kah aku beritahu pada semua ?

adakah kau lupa ?
apa sebab aku pergi ?
adakah kau lupa ?
berapa peluang aku beri untuk kau berubah ?

aku sudah penat menunggu .
aku sudah letih bersabar .
tiba masa aku pergi .
agar aku tidak mengulang kesilapan sama berulang kali .
namun aku masih dicaci maki sebagai "PESALAH"
aku masih dikutuk hina sebagai "PENDUSTA"

ahhh ,
wahai semua umat Muhammad .
kamu semua tidak tahu cerita dari awal hingga akhir .
kamu semua hanya tahu pertengahan cerita .
dan kamu semua hanya dengar cerita dari manusia itu .
HANYA MENDENGAR DARI MANUSIA ITU !
dan kamu semua telah menjatuhkan hukum kepadaku .
terima kasih semua .

tidakkah kamu semua sedar ?
kamu semua turut bersubahat memfitnah insan lain ?
kamu semua turut bersubahat mencaci maki insan lain ?

aku diam ,
kau kata aku menyakiti dalam senyap .
aku berbunyi ,
kau kata aku menceritakan keburukanmu .

jadi apa seharusnya aku lakukan ?
lenyap dari muka bumi ini ?
ajal itu telah ditulis .
aku masih berpegang dengan janji asalku .
HIDUP MATIKU HANYA UNTUK ALLAH .
aku tidak akan menamatkan ajalku sendiri .
dengan alasan hidupku tiada ertinya lagi .
perjalanan hidupku masih jauh di hadapan .
terlalu banyak yang perlu aku lalui .
jadi , aku akan terus di sini .

maaf kerana mata kau sakit memandangku .
maaf kerana hati kau pedih memikirkanku .
maaf kerana telinga kau sakit mendengar namaku .
itu semua kehendak mereka .
kerana mereka puas melihat aku tersungkur jatuh .

maafkan aku andai aku menyakitimu .
jika kau rasa kau sakit ,
aku lebih sakit .
andai kau rasa kau terseksa ,
aku lebih terseksa .
andai kau rasa kau tertipu ,
aku lebih tertipu .

jangan kata aku tiada perasaan .
jangan kata aku tidak pandai menghargai .
jangan kata aku lupa segala kenangan .
aku ingat semua .
terima kasih .
tapi perlu kah aku ungkapkan satu persatu kepadamu ?
perlukah aku berlutut mengucap terima kasih kepadamu ?
cukuplah sekadar apa yang aku rasa ,
hanya aku simpan di dalam memori lama .
itulah aku .
yang berbeza dengan kamu .

aku ingin menghentikan kisah kita di sini .
apa yang kau rasa ,
aku turut rasa ,
jadi dugaan kita sama .
tempuhilah ia bersama sama .
berjuanglah sehingga ke penamatnya .
agar kau tidak tersungkur di tengah jalan .
kerana sekali aku melangkah ,
tiada ku toleh apa di belakang .

buat yang lain .
berhentilah dari memihak mana mana pihak .
jangan memihak aku .
jangan memihak dia .
mungkin perkara ini kamu semua belum rasa .
jadi isi ceritanya hanya kami yang tahu .
anda semua hanya tahu kulit cerita .
a tidak menceritakan apa apa .
jadi ,
berhentilah menjadi hakim dunia .
kamu semua juga masih banyak dugaan mendatang .
persiapkanlah dirimu menghadapi hidupmu .
jangan kamu campur urusan orang .
jangan kamu adili benda ilusi .
kerana kamu semua tidak tahu .
TIDAK BENAR BENAR TAHU .
usahlah kamu berpura pura bersahabat .
sedangkan kamu berniat memusuhi .
apa kamu dapat ?
merasa hebt melihat orang tersungkur jatuh ?
ingatlahhh .
jika kamu di atas sekarang ,
tak mustahil satu hari kamu di bawah .
jauhkan diri dari masalah orang .
kerana takut tempias dosa terkena diri .

aku bukan baik mana .
katalah apa juga yang kamu nak cakap .
hipokrit !
drama !
anak wayang !
perempuan murah !
cakaplah apa saja .

"jika hambaku datang kepadaku dengan ikhlas bersama dosa sebesar gunung , nescaya akan ku ampunkan semua dosanya"

itu juga janji ALLAH .
aku tahu apa aku buat .
tapi tak perlulah aku tunjuk kepada kalian .
cukuplah penciptaku tahu niat hambanya ini .

katakanlah apa sahaja tentang diriku .
aku terima seadanya .
katakanlah lagi .
sehingga kamu semua puas .
itu mulut kamu .
aku tiada hak menghalangnya dari terus berkata kata .
berkata katalah .
kerana sesungguhnya buku kiri anda sentiasa berat berisi catatan hitam .

renungkanlah dan fikirkan .
mungkin aku tidak mulia seperti kamu semua ,
tapi sekurang kurangnya aku tahu apa aku buat .
bukan seperti lalang ,
hanya mengikut arah angin meniup diri .

Friday, December 17, 2010

bola itu bulat,controler itu melengkung~

Disini aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak malaysia.Semoga dapat melangkah ke perlawanan akhir.main dekat vietnam nanti jangan kalah banyak-banyak pulak,aku dah rancang nk pegi stadium ni.
Walaupun pada pandangan aku kita kekurangan midfield yang kreatif,tapi kira ok la boleh capai macam sekarang.Salute pada Rajagopal,walaupun dia boleh kata jurulatih yang macam agak mantap,tapi bagi aku masih xde yang mampu mengubah kemantapan Mourinho di mata aku~hehe..agak-agaknya mourinho nak tak jadi ketua jurulatih malaaysia ek?huhu..mungkin jika aku kaya suatu hari nanti aku sanggup gajikan mourinho tuk melatih malaysia ni~hehe.. barula nampak sumbangan aku pada negara dalam menaikkan mutu permainan bola sepak.btol x?huhu
aku merapu ni sebab team real madrid aku kalah 3-0 ditangan manchester united~aish,walaupun secara terang-terangan game dikuasai oleh aku,namun aku perlu akur dengan ketidakbiasaan menggunakan controler xbox 360~huhu..xpe2,usaha tangga kejayaan,dengan latihan yang jitu dan mantap,aku akan berjaya menaikkan maruah reall madrid di mata gamers PES sedunia~huhu..sori mr mourinho,real kalah~=P


p/s: rindu nak main fm11,tetapi aku terpaksa akur dgn keaddictan if start main fm11 balik~study2

Thursday, December 16, 2010

newsemester~

Yeah!~semester baru bermula..huhu..with new hope and new way of life =)..Segala dugaan semester lepas aku cuba lupakan semester ni..And aku juga berharap sem ni dapat memberi sinar yang baru dalam kehidupan aku.Before this,aku rasa sangat lost,tak tahu kenapa aku rasa mcmtu..Semperna semester baru,and awal muharam,aku akan cuba kuatkan azam untuk terus kekal berubah ke arah yang baik.Lagipun aku rasa ini masa yang paling bagus untuk aku berubah memandangkan parent aku pun baru balik dari haji.huhu..
Semester ni aku ambik 17.5 credit.Macam agak banyak la.Tapi jadual kelas aku agak seronok,just hari isnin dan rabu sibuk la sikit,kelas daripada pukul 10 am ke pukul 5.00 petang.selasa and khamis pkul 10 am smpai pkul 1 pm je~..jumaat pulak ada lab biotech 2~..jadual tak berapa padat la,so,senang la aku nak ulangkaji ajar budak spm chemistry and biologi.OPs..lupa plak nak bagitau,yang aku buat part time ajar subject spm ni.Anak murid aku ni bgus jugak la,semangat ada..huhu
This semester i got my moral booster~huhu..hope leh success!yeah!

Wednesday, December 08, 2010

apabila bosan ketika otak berjalan~

wah!tengok blog-blog orang lain,nampak stail je.ramai betul followers.=P..tp tak pe,aku tulis ni pun saje suka-suka,bila rasa bosan nak menulis.Tapi selalunya bila idea nk tulis tengah banyak,aku x tulis pun,sebab sebuk sangat dengan benda lain.

Aku sekarang rasa sebak,tapi bukan sebak sebab parent aku nak balik umah ye,no,no,no..!aku sebak sebab kawan aku sorang ni sedih,cerita silam dia di ungkit-ungkit.hmm.Bagi aku,cerita silam orang,or keburukan orang yang dulu-dulu,tak perlu nak dihebah-hebahkan.Semua orang dalam dunia ni penah buat silap.btol tak?(temasuk aku)..~.Aku sedih sebab dia tak habis-habis rasa tertekan,rasa dunia seperti tak adil buat dia.Aku beharap and berdoa dugaan dia ni tak lame..amin

Apa yang aku nk tekankan,janganlah memburuk-burukkan orang dengan sedar,kadang2 kita tak sedar..bila kita tak sedar,and then kita dah tesedar,cepat2 lah mintak maaf ke,.Mesti korang sume penah dengar,hidup kita ni macam roda,time kita kat atas,seronok la,bila kita kat bawah,macam mana plak?kan?..so,berbuat baikla sesama insan,jangan dengki2,ada benda yang kita rasa tak cocok,tak suke,tegur secara berhemah,.Manusia ni perlu sentiasa diingatkan,Bukan melayu je tau mudah lupa,cina,india,orang putih,orang gelap pun lupa jgk~huhu..so,ingat-ingatkan bila kita nampak pekara yang tak betul.Bukannya bila nampak susuatu yang x betul,kita mengata.Apa yg kita dapat?dosa mengata dapat,and orang yang sepatutnya kita tegur dari buat silap,terus melakukan kesilapan~

So,renung-renungkan,dan selamat mengaplikasi dalam kehidupan!~

(poyok je kan??~!~)

H.O.l.i.d.a.y g.o.n.n.a.E.n.d~

hari rabu dah!..Ahad ni akan bermula semester baru,harapan baru,azam baru,target baru di tahun baru~..huhu..holiday dah nk abes.Holiday secara puratanya cukup2 sebulan saje. Pengisian cuti aku?huhu..Apakah pengisian holiday anda~??

Cuti kali ni,aku blk rumah,duduk ngn adik beradik je memandangkan parent aku menunaikan rukun islam yg ke 5~..menunaikan haji..So,kehidupan bersama adik beradik mencorakkan cuti aku kali ni.huhu.Sebagai anak sulung,dah mmg jd tanggungjawab aku uruskan bil2 sume.Bab masak2??..masak2 slalunya adik aku yg perempuan yg buat.ni lah kali pertama nk tgk dia buat keje dapur sorang2.walaupun stil x reti nk siang ikan,potong daging,tp pandai buat rencah nk masak kicap,masak merah,ok la kan?ikan leh bli siap siang,daging plak pe susah,bli je paket~haha.. tu la jadi lauk kitorang,xpun mkn luar~

Slain tu,aku jgk drebar tetap,plus pncuci kereta tetap,sgala pejalanan aku la yg drive.huhu.Selalunya bila ada parent,susah skit nk jalan jauh2 ni.spnjang cuti ni,dpt jgkla bwk adik2 aku pg seremban,tu pun sbb nk hntar adik laki aku pg skolah pondok..family aku x ske sgt jalan jauh2 if bkn tujuan nk becuti~huhu

Parent aku blk 12 disember ni,hope diorang dpt tgk bgaimana kitorang dapat manage hidup kitorang dgn baik~huhu..btw,tu my dad and mom~Welcome home!~ ( x sabar nk pg jemput kat klia)

Tuesday, December 07, 2010

K.a.m.e.r.a

Yeah! finally i got my first DSLR~ actually not just mine,every member of my family can use it =)

Sony alpha 290~
just nice,bgusla tuk org2 yg baru2 lg nk terjun kedalam tangkap menangkap gmbar ni~ guna pun suka2,saje nk merasa~huhu..actually beli sony bkn sbb nk menyamakan brand barang elektronik yg aku ada,tp because yg ni je just nice with my budget, actually sony lg murah dr nicon or canon..huhu

Sekarang ni dlm proses blajar2 menangkap,adalah 3 to 4 picture yg aku rasa nice aku tngkap.
in the next post insyaallah aku upload skit2..huhu

So,sapa yg bepengalaman tu,mehla bantu saya ye?ajar la saya ni guna dlsr ni~huhu..

h.i.j.r.a.h

Salam maal hijrah~ =)

hijrah~..aku rasa x perlu aku nk eloborate pnjang2 pasal hijrah,.
hijrah ni x semestinya bepindah umah ke,pindah barang ke,tp perubahan perangai kita kpd sikap2 yang lebih baik pun kira hijrah jgk~

Maal hijrah ni tahun baru la bg kita umat islam~xperlu la semangat2 nk tunggu 1 january nk pasang azam baru,huhu..maal hijrah ni dh ckup sinonim tuk kita menanam azam baru,semangat baru dlm hidup kita~

Tapi if azam je,tanpa pelaksanaan x guna jgk~btol x??huhu..
So,apa perubahan yg kita nk lakukan tahun baru ni?memandangkan dh bukak "buku" baru, so,marilah kita memastikan buku baru ni kurang pekara2 buruk yg dicatitkan=)

Saturday, October 02, 2010

nothing~

dah lama x post~huhu
skrang pale tgh pening dgn bemacam2 masalah..
hope berjaya menangani semua ni~insyaallah

Wednesday, September 08, 2010

K.E.N.A.P.A Y.A.H.U.D.I B.I.J.A.K.???

ini adalah info yang sangat menarik aku baca yang aku rasa best tuk share ngn korang+~ni thesis from one doc~bkn ayat aku ye~..huhu




Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata,perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hariuntuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olEh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk
anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi
semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita
merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (
bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkanperniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara
disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola,DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah
saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh
dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi,seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah
sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi,
pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh.Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Wednesday, July 07, 2010

A.p.i d.a.n A.i.r


Aku nk tanya satu soalan...if korang nampak kebakaran,or Api,macam mana korang nk padam kan?..yang jawab tutup jela api dapur tu mmg tak paham pe aku tanya ni~huhu..

Nak padamkan api semua orang tau sure kena guna air kan?huhu..Bila tebakar je,contoh bila rumah terbakar ke,sure orang ramai-ramai tolong simbah air,ambik air setimba,secebok,sebaldi..ambik air satu kolah tu melampau ar tu~haha..boleh pulak tanggal kolah kat umah kan?~

Penah tak sapa-sapa terfikir,macam mana pulak nak padamkan air?..huhu..nak padam kan air,or kurangkan air,leh ke kita gunakan api??..huhu..api tak menyala if ada air~huhu..ni cite Titanic ar ni yang wat aku tepikir macam ni~thanks Tv2 kerana menyiarkan cerita-cerita lama walaupun tak dapat siarkan 24 siaran langsung worldcup macam yang dijanjikan~huhu

Korang tau tak apa jawapan dia?Macam mana nk padamkan air??..nk padamkan air,tutup la pili~tak pun potong je meter air kat umah~hahaha!~=P..Jangan lupa sokong Jermany mlm ni~huhu

S.u.a.t.u P.e.t.a.n.g..Y.a.n.g H.e.n.i.n.g

Hari ni ku memandang keluar.Kelihatan awan gelap menutupi langit yang cerah menyinar.Aku merenung ke arah langit,betapa indahnya jika hari ini diturunkan rahmat hujan setelah sekian lama matahari bermaharajalela mencurahkan cahaya.

Sambil duduk di bangku Anjung, aku alihkan mata ku kesekeliling kawasan luar rumah.Dari satu sudut ke satu sudut ku perhatikan.Pokok-pokok bunga di rumah yang ibu ku tanam sudah lama tidak merasa nikmatnya air hujan.Sudah puas ia merasa simbahan air paip dari salur getah rumahku..
Mata ku meliar lagi memerhatikan sekeliling.Aku berhenti apabila ku melihat pakaian-pakaian yang bersidaian di jemuran.Dalam hati ku berkata.
"banyak jugak aku pakai baju 2 tiga hari ni..nah,ambik kau,penuh ampaian..sampai ke pagar mak aku sidai baju..huhu"
Pakaian-pakaian itu melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup mendayu-dayu umpama irama lagu.Di samping lambaian dedaun pokok yang melitupi rumah ku.Aku terpaku,Indahnya hari ini.
Tanpa ku sedari,irama tiupan angin baru sahaja di iringi dengan alunan nyanyian hujan.Hujan semakin kuat mengalunkan lagunya yang merdu ke telinga ku..Aku tersenyum keseorangan umpama kerang yang busuk,walaupun aku tidak pernah melihat kerang tersenyum.

Tiba-tiba..

PAP!.."Oit!menung pe ke tu?!duduk luar dah tau hujan pg la angkat kain tu,TERMENUNG apa lg??ish2..temenung je tau..meh tlg mak angkan kain ni"

Hehehe,aku malu seorang diri~huhu..tula,lain kali nk termenung pun,tgk la timing..kan dah kena sebijik~=P

Tuesday, July 06, 2010

D.E.C.I.S.I.O.N.~


Membuat keputusan..sapa rasa membuat keputusan adalah satu tindakan yang senang?.fuh!bg aku membuat keputusan la benda paling susah dalam hidup..
Setiap keputusan yang dibuat akan memberi kesan mendalam ke atas kehidupan kita..
Kesilapan membuat keputusan kadang-kadang boleh sampai merosakkan kehidupan kita sendiri..Bukan senang tau nak membuat keputusan ni..Macam-macam faktor pengaruh yang perlu kita ambik kira..kita kena pikir kesan keputusan kita ke atas diri kita,keatas diri orang lain..penerimaan org lain ke atas keputusan kita..fuh..pendek kata,btol la apa yg aku anggap,membuat keputusan mmg susah!~

Tapi sampai bila kita kena lari daripada membuat keputusan kan?Kadang-kadang dalam menentukan sesuatu,kita x perlu terlalu memikir tuk memberikan kata dua..Kadang2 kita hanya perlu mengikut kata hati..ni pe org kata la..mengikut kata hati..huhu..

Jangan takut membuat keputusan,.Mungkin kadang2 keputusan kita tu sesuatu yang x tepat untuk kehidupan kita,tapi sekurang-kurangnya kita dapat sesuatu pengalaman yang baru..dan orang kata,guru yang paling bekesan dalam hidup ni adalah pengalaman..
Mana mungkin setiap keputusan kita mendatangkan kesenangan,kegembiraan kepada kita dan orang lain,..Suatu masa,pasti keputusan yang kita buat penah melukakan hati dan perasaan orang lain..Sapa dalam dunia ni boleh angkat kaki dia dan dengan bangga rasa keputusan dia sepanjang hidup ni semuanya tepat??aku sure xde punya orang yang rasa mcm tu..Dalam diri setiap orang pasti pernah terbit sedikit rasa kekesalan di atas keputusan yang pernah di buat..kan?kan?

Apa yang penting,jika keputusan yang pernah kita buat,kita sedar ianya salah,belajarlah dari kesalahan tu..Dan jangan takut dalam membuat keputusan..kita kena sentiasa ingat,"SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA BUAT DAN AMBIL XKN MAMPU MEMUASKAN HATI SETIAP INSAN DI DUNIA NI"..take the risk=)

D.u.n.i.a. P.u.n.y.a.P.i.a.l.a

WorldCup!~..aku tau ramai org enjoy tgk worldcup this year..bg aku antara worldcup yg best aku pnh tgk coz worldcup kali ni la aku leh layan sume game..huhu..worldcup 98 aku stil budak2 lg..9 tahun,ilmu bola aku pun cetek gila time ni..yang tekenal pun player pujaan aku,beckham~huhu..and sorang lagi Ronaldo botak~haha..time bdk2,layan je bola,tp x bp tau berita semasa tntang bola sepak ni~worldcup 2002 lak time ni aku form 1,junior lg kat skolah time tu..Senior2 slamber je tgk bola time prep,biasala,zaman gelap Star,haha..plg aku ingat worldcup time ni bila italy kalah ngn Korea Selatan~huhu..worldcup 2006 lak aku f5,even x dpt layan sume game,tp ok la dpt gak layan after grouping match smpai final..plg best England vs Portugal,huhu..even Abg Lampard aku main cm hampeh,and england kalah,tp game ni bg aku menarik la..satu lg game menarik surely lah final,Italy vs France,..aku sure sume org tau Zidane tanduk Metarazi~haha..ni antara kejutan la time tu..plus sonok gak mengenangkan kitorang f5 kena lari ramai2 dari dewan skolah sbb pengetua dtg pkul 3 pg~haha..

Tahun ni aku cam biasala,stilsupport Belanda!~huhu..aku tak tau pe menarik,tp mmg dari dulu aku sokong Belanda..even worldcup 2002 x silap aku blanda x main pun~huhu..and mlm ni belanda lwn Uruguay,aku harap msk final la,coz dah lame sgt aku support x msk2 final lg~hahaha

So,mlm ni marilah kita same2 support Belanda okeh!Oren is the Colour this year!~huhu

Monday, July 05, 2010

H. O.O.L.I.D.A.Y~

Apa anda wat dgn cuti anda?dpt laksanakan sume plan?aku pecaya,bfore cuti,banyak gila plan dalam pale hotak kan..bg yg cuti pnjang awal2 dah pikir nk keje,nk pg melancong sana,melancong sini~jumpa membe situ sini,pendek kata,full schedule dah dalam otak ni..everyday full wth activity!huhu..

Bulan berganti bulan(bg yg x ambik shortsem),hari berganti hari,jam berganti jam,minit bertukar minit,saat bertukar saat,cuti semakin pendek,semakin banyak bnda yg nk dilakukan dah lari dr jadual~..tula,masa cuti tengah pnjang,bkn main tangguh,pikir yang cuti ni lmbat lg sebenarnya..actually,sedar2,cuti dah nk berakhir..

Bagi aku lak,5 hari lagi,cuti aku pun akan berakhir jgk..bila pikir2,banyak plan aku x menjadi pun..even full of activity terutamanya pg Cosmic therapy yg guna elektrostatik(seriusly berkesan)huhu..

The first half of my holiday actually sebuk memikirkan keadaan ayah yg sakit time tu..actually ni la fasa plg susah aku penah hadapi dalam 21 satu tahun kehidupan aku..aku x pnh rasa mcm mana bila ada someone in my family yg sakit..coz penyakit ayh agak misteri n menyeksakn ayah aku tgk,aku jadi agk bingung memikirkan masa depan..about pe yg blaku nanti n mcm2 la bad though~..masa ni aku as anak blajar erti pengorbanan hidup..korbankan masa sentiasa memikirkan keadaan ayh,pikir pasal my mom yg terpaksa tabah,even aku dpt lihat air mata mak mengalir mengenangkan keadaan ayah..time ni jgk aku blajar erti kesabaran yg sgt tinggi tuk menjaga kerenah org sakit..soal perasaan sendiri tepksa aku lupakan..even aku admit byk mkn hati time ni..just kat tora n zul la tmpat aku tuk cerita pe jd,tmpat tuk aku luah rasa sedih aku time ni..kesimpulannya..ni la time dlm hidup aku yg bnyak membentuk diri aku semula..mengingat semula betapa kecilnya aku dlm dunia-Nya ini..ada hikmah semua ni terjadi..aku sedar,mungkin aku smakin kurang memohon petolongannya selama ni,mungkin aku kurang bersyukur dgn kehidupan yg diberi..
Alhamdulillah,Ayah semakin sehat..aku sangat gembira..+)..thanks kepada sume yg memberi semangat dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayah..after x mkn for 3 month,berat ayh turun 18kg~mmg sgt cengkung..ramai yg x kenal rupa ayh yg baru,ayh lak berhadapan krisis keyakinan diri~huhu..kebanyakan org yg ayah tegur x kenal ayh~huhu..mmg murung skit la~
Dengan kehendak Allah, ayh semakin sehat even doc x tau punca sakit kuning ayah after 2 ct scan,n x tau bp kali ujian darah,smpai ada ujian darah ngn air kecing yg kena hantar smpai Australia~huhu..

Ayah pun smakin pulih mungkin ngn usaha ubat selain dari doc..ayah mkan tonik hati aljabar,ngn minum jus monavie and Cordy..alhamdulillah ayah skrang smakin sehat..ops,x lupe juga pg terapi cosmic healthcare~huhu..n now,ayah jd agen cordy and also monavie~sape berminat contact la ek~huhu..smpat promote lak~

And another half is enjoying with anak2 encik Aminurdin~huhu..Kaklin,naim,hapis, farah and the geng which mean abg sopi,alia,alip sumela..2 week lepak shah Alam~huhu..yang pada mula2nya supose to be 4 days coz nk pg hari belia..time hari belia yg plg best is kete alif jatuh longkang~huhu..mama x kesah after naim call mintak permission~..nila masa aku leh gmbira skit coz ayah dah smakin sehat..bnyak aktiviti duk sana,,that why aku suke..huhu..even just mengajar farah for her exam,lepak mamak tuk online,memancing sehinggakan aku terpengaruh beli joran satu~huhu..mkn seafood..main bowling..pndek kata,full with activity..akt umah xde membe nk wat sume ni~so cm bosan skit la~huhu..credit to them~

And after that diorang hntar blk umah and promise that week yg diorang nk dtg kmpung,mkn ikan bakar n pg mandi bekelah ramai2~huhu..mmg ramai..smpai 3 kete dtg 12 org~temasuk la zul skali~aku x pat follow trip diorang pg melaka,so trip to kmpung aku pun kira sangat best la..huhu..diorang memulakan perjalan k=pkul 4 pg after game worldcup france ngn uruguay kot..x ingat dah..seri 0-0..aku lak btolak pkul 6 pg dari umah..n berjumpa la diorang kat pehentian sungai perak..huhu..pastu gerak ke kmpung aku kat raban,area kuala kangsar..mula2 pg mndi kat lata kekabu dulu sambil barbeque~..yg plg best is adik aku,Atiqah pengsan~huhu..nasib baik zul ada as future doc membantu~haha..
n tgh hari sesi mengambil ikan n siang seta bakar ikan~huhu..yg plg best,yg laki siang ikan,yg pempuan sume duk tgk je~mmg sangat best la..ni plg xleh aku lupe sepanjang cuti ni~huhu
so,thanks kepada sume,abg sopi,alip,awek alip kak ain,aliya,kak taz,shida,kaklin,fara,naim hapis, and also zulhilmi akmal~huhu..ti kita wat lg cmni ek!~huhu

So,cuti tinggal 5 hari lg..aku nk isi dgn bertemu rakan2 lak..huhu..even ayah aku bising coz dah nk blk baru nk sebuk cari kwan,aku x kesah pun~huhu..pe plg penting cuti aku leh kata terisi la ngn aktiviti berfaedah..even x dpt penuhkan dgn perancangan yg aku dah buat,cam nk bekerja,tp xpela..it stil pengalaman yg x leh lupa..huhu..everyday stil diisi dengan satu pengalaman yang unik dan baru~Let enjoy this holiday until the last minute!~

F.r.i.e.n.d

Sapa penah tgk cite Friends??ala,yg ada ex wife brad pitt tu,yg 6 org tu,3 laki,3 pempuan~huhu..and sapa lak ada besfren?angkat kaki anda!angkat tinggi- tinggi!tinggi lagi~haha..

sesetengah org selesa bila ada besfren or sorang kawan yang btol2 rapat ngn dia.ada setengah org x suka.diorang rasa cm menyampah bila ada kwn rapat.especially laki ar.mostnya laki la..laki kebayakannya suka ada geng more than besfren.yeke?aku agak je~haha
Tapi seriusly mencari besfren umpama mencari kutu di rambut~haha..mencari rambut dlm tepung~..pe maksud aku,susah nk cari sorang kwn yg btol2 kita leh anggap besfren or kwn baik kita~..seriusly susah!~that why x sume org ada besfren..huhu

Bagi aku,aku selesa if ada sekurang-kurangnya sorang kwn yang rapat kat mana2 je aku brada~huhu..bkn pe,bila jauh dr family ada kwn baik pun jadila tuk jd tmpat bercerita,berkongsi prob,berbincang n pape lg la..aku slesa cmtu..sesetengah org x selesa.
Sesetengah org bila ada sorang kawn slalu lepak ngn dia,diorang rasa cm rimas,tak tau la nape..tp yela,manusia berbeza2 pendapat~huhu
Aku bersyukur sgt sbb stil ada kwn2 yang rapat n baik ngn aku yg aku leh anggap besfren..even sesetengah drpd diorang x anggap aku cmtu,tp aku x kesah pun..:)..

maybe ada yg terfikir?if nk cari tmpat bercerita,kongsi masalah,nape x cari gf?huhu..
aku suka soalan ni!~huhu..sbbnya gf xkn boleh jadi sume ni~huhu..bg aku gf hanya akan memening dan memenatkan kepala hotak je~huhu..maybe from pengalaman aku,bg aku pempuan kebanyakkannya cmni..masa mula2 cm bahagia la..lame2 makin pening pale je~huhu..plus dlm idup aku,susah nk jumpa pempuan yg SETIA punya type~
Tp aku salute same great2 bestfren aku,dpt cari gf yang bg aku sangat sepadan n setia la aku tgk~huhu..begitu juga kredit kepda sepupu dia yg dah cm family aku jgk coz dpt cari pasangan yg setia~huhu..aku lak,stil menunggu someone cam gf yang diorang dpt~huhu..
kenapa menunggu ek?sbb bila kita tercari2,kita xkn jumpa..x caye?..ala cm korang,bila ada barang korang cari,mesti x jumpanya barang tu,tp bila time korang xnk barang tu,sure korang nmpak je barang tu ada kat mana~kn?kan?kn?huhu

masa skolah rendah aku suka geng ngn pempuan..coz bg aku time tu pempuan cm lebih matang skit dari laki kat skolah rendah aku..laki sembang je pasal dragon ball,power rangers,ultramen,katun,komik~someting yg aku x bp gemar~huhu..im not weird ok!~aku lbh suka tgk drama n someting cmtu.,tgk berita..bersembang ngn pempuan time tu cm lebh menambah ilmu..skitla drpada laki~huhu..aku x lupa punya kat shazwan, nazri,jamal,bang ngah,malik,padli,zulhusni,izzati,shikin,ezza,jasida,fizah,
aminatul,nana,amalina,dayah,lyana,yasmin
,n all the girl~if aku x tulis bkn bemakna aku lupa,just telampau banyak tuk ditulis!~huhu..~

Masuk Star,membe yang aku kamcing..Abu,geng sembang bola..ni lah raja ilmu bola bg aku time skolah dulu~haris hilmi abdullah kamil~ni pun bestfren aku!huhu..maybe sbb dia bdk kecik(umur lbh muda),tp cm lebih matang dr aku~..khalis,pudin,uchop,joner,dayat,abduh,hafeez,hanif,naqib as deskmate aku kat kelas yang slalu tegur aku pasal laci meja aku slalu bersepah~haha..and Zulhilmi akmal~huhu..diorang2 ni la yg bg aku byk membantu aku mengubah diri dr trus tersesat jauh masa skolah dulu..bntu aku sedar kn aku betapa bgusnya aku bila blajar..bgusla jgk..kecuali dlm addmath!im suck in addmath..slalu pening!~huhu..taktau la pesal~

Zulhilmi Akmal=)sapa ni?korang rasa sapa?ni la great2besfren aku~sentiasa ada masa susah n senang,sentiasa x berkira menolong aku time susah,n share time senang..huhu..aku tulis post ni coz tetiba aku teringat kat jasa dia hantar aku blk kmpung time arwah nenek aku meninggal..Even dia ada exam medic lusanya,dia x kesah nk hntar aku blk kmpung..bkn dekat kl ngn taiping..kredit to naim juge!~(ni pun kira besfren aku gak)..kerana sanggup hntar even kete not in the good condition~huhu..time aku tgh bersedih,stil ada tuk bntu aku..mmg susah aku nk cari kwn cmni lagi~huhu..banyak sgt kenangan tuk ditulis~tp x sweet la if sume ditulis..something need to be keep=).skrang dah 8 tahun..kira lama la kan?haha..if ko baca ni zul,jgn lupe bg hadiah,.aku puji2 ni~

Secara tuntasnya,kesimpulannya..rakan-rakan banyak mempengaruhi kehidupan anda~btol if org kata parent mencorakkan kita,tp bg aku yg most of the time duk asrama,surely rakan2 memainkan peranan penting..pandai kita mencari kwn,selamatla hidup kita,bergaul dgn org yg salah,rosak la idup kita..aku penah tersesat dalam pencarian aku ke arah kehidupan..sume berpunca dari kesilapan memilih kwn..jadi~lihat2la dgn sapa anda berkawan ya!~


p/s: aku x lupe kat korang punya..emma,felix,mus,hanan..jia n Ct pun aku x lupe~susah nk cari kwn cm korang yg leh phm aku..yg plg best even bekenalan pada masa yg sangat singkat,tp cm lame gila bekenalan~..teringin nk hangout cm dulu~even dah mcm imposible..tp sape tau kan?huhu

Thursday, July 01, 2010

E .X .C .E .L .L .E. N .T

seronok melihat pencapaian rakan-rakan di sekeliling.Ada yang belajar di luar negara,tak kurang juga yang belajar di dalam negara,ada yang tidak menyambung pengajian terus bekerja menyara keluarga.Ada juga rakan-rakan yang telah mendirikan rumah tangga.Alhamdulillah.Semuanya sudah berjaya setakat ini di laluan masing-masing.Bagi rakan-rakan yang masih merasakan mereka belum lagi berjaya,teruskan usaha dan tekad mencapa kejayaan.

Kejayaan,

Apa kayu pengukur kita tehadap kejayaan?
Apakah yang kita anggap berjaya?

Bagi aku,kejayaan sesuatu yang tiada batasan.Selepas satu tangga kejayaan,seseorang akan meniti tangga kejayaan yang lain.Kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.Kejayaan tidak dapat di beli di kedai mamak,kedai majalah atau bengkel kereta.huhu..Kejayaan memerlukan usaha..Usaha yang gigih dan berterusan.Aku percaya,setiap orang pasti mahu berjaya.

"jadila cemerlang,dan kejayaan akan mengikut"lebih kurang la ayat ni,aku ambik dari cerita hindustan, 3 idiots.

untuk berjaya,jadila cemerlang,dalam apa bidang sekali pun kerana Kejayaan bkn diukur dengan akademik semata-mata.Berjaya mengawal nafsu kita dengan cemerlang pun,satu kejayaan.Apa yang paling penting,untuk berjaya,dalam apa bidang pun,perlu ada usaha,jgn cepat putus asa,banyakan berdoa,dan bertawakal selepas itu.

Ingatlah,jika kita tidak berjaya mencapai sesuatu yang kita hajati,tidak bermaksud hidup ini tidak lagi berguna atau berwarna,.Setiap sesuatu yang berlaku sentiasa ada hikmah.huhu..teruskan usaha.insyaallah,suatu hari kita juga akan berjaya dengan izin-Nya=)

Am i a good teacher??~

ilmu disebar-sebarka

MENGAJAR=teaching~..mencurah ilmu~
Perlu ke seseorang tu dpt a good great baru la dia dikira layak tuk mengajar?huhu
persoalan ni selalu bermain di fikiran aku.Actually,aku suka mengajar.tak tau pe yg best mengajar ni,tp bila lihat pe yg aku ajar tu btol2 org yg aku ajar tu paham,dpt apply,aku sangat2 gembira
..satu kegembiraan yg x dpt di sangka..even kadang2 org yg kita ajar score high mark from kita..huhu

Oleh sebab itu, aku terpikir,adakah kita perlu menjadi seorang yg cemerlang baru kita layak mengajar? atau mengajar org,membuat org lebih phm adalah satu anugeraj yg dah mmg ada.?atau ianya boleh dilatih?

MY bestfren bgtau yang aku pndai la jgk mengajar org,,dan aku pun enjoy mengajar org.Orang kata,ilmu jgn disimpan,tapi sebar-sebarkan..huhu..

Ada seorang tua bebangsa Cina cerita kat aku,Tok guru cina,if dia ada 10 ilmu,hanya 7 dia ajarkan pada anak murid dia~lg 3 simpan bwk masuk kubur~haahhaah!~tak tau la btol ke x..huhu

So,pe yang aku cuba bangkitkan,perlu ke kita mnjadi seorang yg cemerlang untuk melayakkan kita mengajar org?atau jika kita mmg bijak memberi penerangan,kita sudah mampu memberi tunjuk ajar??hmmm~

Tuesday, June 29, 2010

MeMory Lane~

Ntah kenapa,semalam terasa seperti malam mengimbau kembali kenangan2 silam.Satu family duduk bersama sambil meneliti photo2 lama yang telah lama tersimpan rapi~huhu..
Dari pada sekeping gambar,terpacul keluar kenangan-kenangan yang dah lama tersimpan berkarat dalam kotak pemikiran~huhu
Barula aku rasa betapa berubahnya dunia ni dari zaman ke zaman.Kalau dulu ambik gambar hitam putih,nak ambik gambar lak kena pg kedai gambar.Skrang every family leh kata ada kamera sendiri.Kamera lak makin lama makin canggih.7Mpixel la,12 Mpixel la,face ditection la,dual screen la..haha..
Semakin berubah zaman,semakin malas manusia nak keluar rumah~btol x?huhu..lebih ramai yang suka duduk bertenggek depan PC,layan Internet,Facebook,Youtube download cite korea or download lagu,bloging~Sekarang aku x penah lg nmpak budak2 layan main gulil,main gasing,main layang2,main teng teng,rounders,huhu..banyak lagila..rasa rindu zaman kanak2 dulu..If dulu orang main Gelongsor dari simen,skrang dah plastic,siap ada pusing2 lg.haha..papan jongket lak dari kayu.Semakin berkembang teknologi semakin banyak bahan baru supaya kos pembuatan jadi semakin murah,semakin banyak profit~haha
Pasni aku post lak kenangan-kenangan yang aku teringat masa zaman sekolah dulu=)

Monday, June 21, 2010

::>Football Manager 2010 jokes<::

You play Football Manager too much if…

- Being on stadium (in ReaL) you shout “Mentality – attacking! Closing Down – often!” instead of “Go Liverpool!” Happy

- Your neighbours wake up during late night after your shout “Goooooooal!” when there is no football on TV. Sleeping Half moon

- You remember statistics of all your players in all matches of last season.

- Your colleagues think that FM 2010 is your favourite accounting program.

- Your boss thinks so as well!

- You know exactly what club will be managed by Freddy Adu when he becomes a manager.

- It’s easier for you to create new tactics than write two text lines.

- This created tactics becomes very successful and all your fellows start to use it soon.

- In the minds you set mental skills for your relatives and friends. For instance, father: Work Rate = 15, Determination = 5. Boy

- Ha, mental skills! You can even set preferred moves to all of them!

- It regards girls as well. Girl

- Your wife feels hurt if you call some “Aguero” during sleep. Sleepy

- Your 5-year son knows who is Henry Saivet and Georginio Wijnaldum.

- Moreover he can even write their names without mistakes.

- When you close your eyes, you see small figures of players that are running and scoring goals. Soccer Ball

- When you open your eyes, you see the same!

Big Grin